Tuesday, 23 November 2010

stress

aduhai..stressnya aku ni. stress sampai saya menggunakan bahasa melayu untuk menulis blog. setelah 3 tahun saya meninggalkan malaysia, baguslah masih boleh menulis malay walaupun tatabahasa saya tidak betul. kalau mahu berbicara dalam bahasa melayu, minta maaf, hanya bahasa baku yang saya dapat gunakan. :P
esok adalah ujian kedua saya dan saya sangat stres. :( itulah akibatnya tidak mahu belajar awal-awal dan sesal sekarang. orang tua sering kata : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (amboi, masih boleh berperibahasa lagi. XD XD) sangat cemburu pada orang yang sudah habis ujian mereka. contohnya, teman lelaki saya. isshhh..walapupun dia ada 5 kertas berbanding dengan saya yang ada 3 kertas saja, dia habis sebelum saya.=.=" sekarang, dia boleh buat apa saja yang dia suka, saya pula terpaksa duduk di dalam bilik belajar. T.T cepat cepat habiskanlah ujian saya. tidak larat mahu belajar lagi. memang penat. :S:S
"seperti mencurah air ke daun keladi."ahahha. satu lagi peribahasa yang saya dapat fikirkan sekarang. Nasihat daripada ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan tunggu sampai hari sebelum ujian baru belajar tidak pernah masuk ke dalam otak. :P masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. XD XD
hai~tidak ada guna membazizkan masa di sini menulis blog dan tidak belajar. :(
itu saja lah kawan kawan ku.
sekian terima kasih. (LOL, macamlah sedang memberi ucapan. :P)

No comments:

Post a Comment